Takaful Advisor · Hong Leong MSIG Takaful

Siapa lindung gaji anda bila anda tak boleh bekerja?

Saya bantu keluarga semak empat perkara penting: bil hospital, kematian, hilang upaya dan penyakit kritikal. Semakan awal percuma, tanpa tekanan untuk terus membeli.

  • Semakan awal percuma
  • Online seluruh Semenanjung
  • BM / English
Syafiq Basyar, Takaful Advisor
Syafiq BasyarEjen takaful sejak 2020 · Kuantan Konsultasi online
2020Mula sebagai ejen takaful
4Risiko utama yang kita semak
2Kalkulator percuma, tanpa isi nama

Kenapa perlu semak

Gaji berhenti. Bil tak berhenti.

Setiap bulan, gaji anda tanggung rumah, kereta, dapur dan anak-anak. Bila sakit, hilang upaya atau ditimpa musibah, gaji boleh terhenti, tapi semua komitmen ni tetap jalan.

Tengok empat risiko

Empat perlindungan utama

Kalau tak boleh bekerja, macam mana dengan belanja?

Klik satu kad untuk tengok apa yang boleh anda buat.

  1. Semak manfaat majikan atau pilihan rawatan kerajaan.
  2. Simpan sedikit wang untuk bahagian bil yang perlu dibayar sendiri, termasuk deductible jika ada.
  3. Kalau nak tambah kad perubatan, tengok kemampuan bulanan, had manfaat dan apa yang tidak dilindungi.
  1. Kira belanja keluarga setiap bulan dan simpanan yang mereka boleh gunakan.
  2. Tengok berapa manfaat kematian yang anda dah ada dan siapa penamanya.
  3. Jika masih ada kekurangan, bincang pilihan takaful keluarga dan penamaan hibah bersyarat.
  1. Semak manfaat majikan atau PERKESO, jika layak.
  2. Kira belanja bulanan, termasuk kos penjaga atau ubah suai rumah jika perlu.
  3. Semak manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal, termasuk definisi serta had umur.
  1. Semak cuti sakit berbayar dan simpanan kecemasan.
  2. Fikirkan berapa lama anda mungkin tidak bekerja dan belanja sepanjang tempoh itu.
  3. Semak manfaat penyakit kritikal sekali gus: penyakit, tahap yang dilindungi dan syarat tuntutan.

Manfaat tertakluk pada kelayakan dan terma sijil. Kad perubatan tidak semestinya menggantikan gaji. Manfaat hilang upaya tidak meliputi setiap keadaan yang menghalang anda bekerja.

Cara saya bantu

Tiga langkah. Tak perlu terus buat keputusan.

  1. 01

    Faham

    Kita bincang keadaan keluarga, komitmen bulanan dan perlindungan yang anda dah ada.

  2. 02

    Semak

    Saya bantu kira bajet dan anggaran kekurangan perlindungan guna kalkulator.

  3. 03

    Susun

    Kita bandingkan manfaat dan syarat ikut keperluan serta kemampuan anda.

Tentang saya

Hai, saya Syafiq.

Saya mula jadi ejen takaful pada 2020, dan sekarang di bawah Hong Leong MSIG Takaful Berhad. Kerja saya senang je: kita borak, saya tengok apa yang anda dah ada, lepas tu kita cari mana yang masih kurang.

Saya duduk di Kuantan, tapi boleh borak online dengan sesiapa je di Semenanjung. Nak guna BM atau English pun boleh. Tak perlu terus buat keputusan, kita borak dulu.

  • PengalamanJadi ejen sejak 2020
  • PengendaliHong Leong MSIG Takaful Berhad
  • LokasiKuantan, borak online satu Semenanjung
  • BahasaBM atau English, mana yang selesa

Nak kenal dulu sebelum borak? Boleh cari saya di sini:

Soalan lazim

Soalan yang selalu ditanya

Tak jumpa jawapan? Tanya terus di WhatsApp

Apa itu takaful?

Takaful ialah perlindungan mengikut prinsip syariah. Peserta menyumbang caruman ke dalam satu dana bersama, dan dana itu digunakan untuk membantu peserta yang layak mengikut terma sijil. Setiap pelan ada syarat, pengecualian dan tempoh menunggu yang tersendiri.

Kalau tak boleh bekerja, macam mana dengan belanja keluarga?

Bila sakit atau ditimpa musibah, kesannya bukan pada diri kita saja. Belanja rumah dan keperluan keluarga pun boleh terjejas. Ada empat perkara yang elok disemak: sakit dan bil hospital, kematian, hilang upaya, serta penyakit kritikal.

Kalau perlu masuk hospital, nak bayar bil guna apa?

Semak dulu manfaat tempat kerja atau pilihan rawatan kerajaan. Simpan sedikit wang untuk bahagian bil yang perlu dibayar sendiri, termasuk deductible jika ada. Kalau nak tambah kad perubatan, tengok kemampuan bulanan, had manfaat dan apa yang tidak dilindungi.

Kalau kita dah tiada, siapa yang sambung bayar rumah dan belanja anak?

Kira belanja keluarga setiap bulan dan simpanan yang mereka boleh gunakan. Tengok berapa manfaat kematian yang sudah ada dan siapa penamanya. Jika masih ada kekurangan, bincang pilihan takaful keluarga dan cara membuat penamaan hibah bersyarat.

Apa yang perlu disemak kalau hilang upaya sampai tak boleh bekerja?

Semak manfaat majikan atau PERKESO, jika layak. Kira belanja bulanan, termasuk kos penjaga atau ubah suai rumah jika perlu. Semak juga manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal, termasuk definisi serta had umur.

Apa yang perlu disemak kalau disahkan penyakit kritikal?

Semak cuti sakit berbayar dan simpanan kecemasan. Fikirkan berapa lama anda mungkin tidak bekerja dan belanja yang perlu ditanggung sepanjang tempoh itu. Semak juga manfaat penyakit kritikal yang membayar wang sekali gus, termasuk penyakit dan tahap yang dilindungi serta syarat tuntutannya.

Adakah manfaat takaful ini dijamin?

Tidak. Manfaat tertakluk pada kelayakan, pengecualian, tempoh menunggu, caruman dan syarat sijil. Permohonan dan tuntutan tertakluk pada penilaian pengendali. Sila semak Product Disclosure Sheet dan dokumen sijil sebelum menyertai.

Saya bukan di Kuantan. Boleh berurusan dengan Syafiq?

Boleh. Saya berpangkalan di Kuantan, Pahang, dan melayan klien di seluruh Semenanjung Malaysia secara online.

Boleh berbincang dalam English?

Boleh. Saya melayan klien dalam Bahasa Melayu dan English.

Hubungi saya

Tak pasti nak mula dari mana?

Tinggalkan nombor anda. Saya akan hubungi untuk bincang apa yang anda perlukan dan bajet yang selesa. Tak perlu terus buat keputusan.

  • Semakan awal percuma
  • Tiada langganan pemasaran automatik
Apa keperluan utama anda?

Maklumat anda digunakan untuk pertanyaan ini. Tiada langganan pemasaran automatik.

Sebelum menyertai: Semak Product Disclosure Sheet dan dokumen sijil, termasuk pengecualian, tempoh menunggu, caruman serta syarat manfaat. Permohonan dan tuntutan tertakluk pada penilaian pengendali dan terma sijil.

Sebelum anda pergi

Nak semak sebelum pergi?

Anda boleh cuba kalkulator dulu untuk tengok bajet dan anggaran kekurangan perlindungan. Kalau ada soalan, terus WhatsApp saya.

Percuma. Tak perlu nama atau nombor telefon untuk lihat hasil.